CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, October 25, 2007

Kadar Kelahiran & Kematian yang rendah

Tahap kelahiran & Kematian yang rendah berlaku di negara-negara yang stabil dan maju, negara-negara ini telah mencapai tahap kemajuan yang tinggi sehinggakan tiada kelahiran kerana mengejar kemajuan & tiada kematian kerana mempunyai teknologi-teknologi yang canggih untuk menghalang & merawat sebarang penyakit sehinggakan golongan tua yang lebih ramai daripada golongan muda,remaja dan kanak- kanak. Antara negara-negara tersebut ialah Amerika Syarikat, Jepun & Sweden. Hal ini terjadi kerana:-

** Taraf hidup & sosioekonomi yang tinggi menyebabkan taraf kesihatan meningkat dan mengurangkan kadar kematian di samping mengurangkan kelahiran kerana mempunyai kaedah-kaedah tertentu untuk mengurangkan bilangan saiz dalam keluarga.

** Kepelbagaian makanan yang berzat juga mengurangkan kadar kematian kerana kandungan makanan sentiasa dipantau supaya tidak memudaratkan pengguna dengan menggunakan teknologi-teknologi tertentu.

** Dasar kerajaan yang menggalakkan bilangan saiz keluarga yang kecil seperti di negara China juga menjadi faktor kurangnya kadar kelahiran bagi mengelakkan berlakunya lebihan penduduk.

** Program-program kesedaran sering dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesihatan & mengurangkan kadar kematian, begitu juga kerajaan yang menggalakkan perancangan keluarga bagi mengurangkan kadar pertumbuhan penduduk secara mendadak.

1 comment:

keusahawanan said...

mengikut kajian yang dilakukan,kadar pertumbuhan penduduk dimalaysia mungkin disebabkan oleh kadar pemakanan yang diambil bagi setiap orang pnduduk..