CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, October 25, 2007

Tahap - Tahap Peralihan Demografi

Terdapat 4 tahap dalam Peralihan Demografi, iaitu:-

1) Kadar fertiliti Tinggi, Mortaliti Tinggi
2) Kadar fertiliti Tinggi, Mortaliti Rendah
3) Kadar fertiliti & Mortaliti yang menurun
4) Kadar fertiliti & Mortaliti yang rendah

Kadar Kelahiran & Kematian yang rendah

Tahap kelahiran & Kematian yang rendah berlaku di negara-negara yang stabil dan maju, negara-negara ini telah mencapai tahap kemajuan yang tinggi sehinggakan tiada kelahiran kerana mengejar kemajuan & tiada kematian kerana mempunyai teknologi-teknologi yang canggih untuk menghalang & merawat sebarang penyakit sehinggakan golongan tua yang lebih ramai daripada golongan muda,remaja dan kanak- kanak. Antara negara-negara tersebut ialah Amerika Syarikat, Jepun & Sweden. Hal ini terjadi kerana:-

** Taraf hidup & sosioekonomi yang tinggi menyebabkan taraf kesihatan meningkat dan mengurangkan kadar kematian di samping mengurangkan kelahiran kerana mempunyai kaedah-kaedah tertentu untuk mengurangkan bilangan saiz dalam keluarga.

** Kepelbagaian makanan yang berzat juga mengurangkan kadar kematian kerana kandungan makanan sentiasa dipantau supaya tidak memudaratkan pengguna dengan menggunakan teknologi-teknologi tertentu.

** Dasar kerajaan yang menggalakkan bilangan saiz keluarga yang kecil seperti di negara China juga menjadi faktor kurangnya kadar kelahiran bagi mengelakkan berlakunya lebihan penduduk.

** Program-program kesedaran sering dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesihatan & mengurangkan kadar kematian, begitu juga kerajaan yang menggalakkan perancangan keluarga bagi mengurangkan kadar pertumbuhan penduduk secara mendadak.

Tahap Fertiliti & Mortaliti yang menurun


Tahap fertiliti & Mortaliti yang menurun & menjadi mantap berlaku di negara-negara yang sedang membangun serta menuju ke arah bidang perindustrian. Negara -negara ini terdiri daripada negara Malaysia, Thailand & Filipina. Perubahan ini berlaku kerana:-

!# Wanita yang bekerja kurang melahirkan anak, ini berlaku kerana mereka lebih mengutamakan kehidupan yang baik dengan meningkatkan taraf hidup keluarga yang sedia ada berbanding menambahkan bilangan saiz dalam keluarga.

!# Tahap pendidikan yang tinggi akan meningkatkan amalan perancangan dalam keluarga, ini akan mengurangkan saiz keluarga & hanya memberikan perhatian & kasih sayang sepenuhnya kepada keluarga yang sedia ada.

!# Pencapaian pendidikan yang tinggi bagi kaum perempuan akan menyebabkan mereka lewat berkahwin & tahap kesuburan wanita yang lebih tua adalah rendah.

!# Penggunaan teknologi dalam meningkatkan taraf kesihatan dan rawatan akan mengurangkan kadar kematian.

mengapa berlakunya fertliti yang tinggi & mortaliti yang rendah?

masyarakat yang mengalami proses fertiliti yang tinggi & mortaliti yang rendah adalah masyarakat yang sedang mengalami perubahan dari segi sosial & ekonomi akibat pembangunan & hasil daripada modenisasi, namun masyarakat ini masih mengamalkan adat-adat tradisional yang tinggi.

Antara negara- negara yang mengalami kadar perubahan ini ialah Myanmar, Argentina, Kemboja dan lain-lain. faktor perubahan ini ialah:

** Pengaruh Agama- semua agama misalnya agama Islam menggalakkan keluarga mempunyai anak yang ramai, begitu jga dengan agama Katolik yang tidak membenarkan kaedah perancangan keluarga yang moden.

** Pertumbuhan ekonomi yang baik akan meningkatkan perkhidmatan & perubatan,ini akan mengurangkan kadar kematian dan meningkatkan kadar kelahiran.

** Ibu yang mempunyai pendapatan perkapita yang tinggi akan dapat menjaga kesihatan & dapat melahirkan bayi yang sihat serta menambahkan kadar kelahiran.

** Dasar kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan penduduk untuk memenuhi keperluan tenaga, dan pekerja-pekerja wanita diberikan pengecualian cukai tanggungan cuti bersalin.

Wednesday, October 24, 2007

Kadar Kelahiran & kadar Kematian yang tinggi

Teori Transisi Demografi ialah satu proses di mana masyarakat beralih daripada peringkat fertiliti tinggi dan mortaliti tinggi melalui peringkat pertumbuhan penduduk yang cepat dimana mortaliti menurun tetapi fertiliti masih tinggi. Seterusnya menuju kepada peringkat stabil dengan fertiliti dan mortaliti yang rendah.

Sebagai contoh Negara Afrika, apabila penduduknya berada pada tahap fertiliti dan mortaliti yang tinggi, ini berlaku kerana :-

∂# Kurangnya kesedaran penduduk dalam menjaga kesihatan menyebabkan kadar kematian yang
tinggi berlaku di negara tersebut.

∂# Keluarga yang mempunyai taraf hidup dan sosioekonomi yang rendah mengalami
kadar kelahiran yang tinggi kerana kurang kesedaran dalam mengamalkan perancang
keluarga.

∂# Pertumbuhan ekonomi yang tidak baik memyebabkan perkhidmatan kesihatan & perubatan
kurang disediakan. Ini menggalakkan meningkatnya kadar kematian terutamanya di kalangan
orang tua & bayi.

∂# Golongan wanita yang tidak mempunyai pendidikan akan menjadi suri rumah sepenuh masa
dan menambahkan bilangan saiz keluarga.

∂# Tidak dapat menikmati makanan yang berzat kerana taraf hidup & sosioekonomi yang rendah
menyebabkan badan tidak mempunyai protein dan karbohidrat yang secukupnya dan
menambahkan bilangan kematian.

∂# Tinggal di kawasan petempatan yang kotor dan tidak bersih.

∂# Tiada kemudahan sistem perparitan & saliran yang baik menyebabkan penduduk menggunakan
air yang kotor sebagai sumber kegunaan harian terutamanya sebagai bahan minuman,
membasuh dsb. Ini menyebabkan anak-anak mudah dijangkiti penyakit berjangkit.

Thursday, October 11, 2007

Tahukah Anda!

Mengapa perkembangan penduduk perlu dipantau?
Pertumbuhan penduduk perlu dipantau supaya tidak wujud jurang yang ketara antara bandar dan luar bandar. Ini kerana pertumbuhan penduduk akan mempengaruhi jumlah atau saiz penduduk.
Selain itu, masalah pewujudan petempatan & persekitaran fizikal dan sosial akan berlaku apabila kadar perbandaran tidak dipantau. Seterusnya, menjejaskan kualiti hidup masyarakat tersebut.
Kadar perbandaran perlu dikawal dan diseliakan dengan
  • membina bandar di kawasan baru
  • penyelirakan kawasan perindustrian
  • pembangunan pinggir bandar
  • membandarkan kawasan-kawasan luar bandar

Pertumbuhan Penduduk

Penduduk Malaysia pada tahun 2000 ialah 23.49 juta orang & telah meningkat kepada 26.75 juta orang pada tahun 2005. Dalam tempoh RMK8, pelbagai cara telah dilakukan bagi meningkatkan taraf & kualiti hidup penduduk seta mencapai pembangunan sosial & ekonomi yang seimbang namun jurang antara bandar dan luar bandar masih ketara.


Jumlah penduduk bandar semakin meningkat daripada 14.57 juta pada tahun 2000 kepada 16.85 juta pada tahun 2005. Kawasan bandar menjadi tumpuan kerana mempunyai lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan.

Wednesday, October 10, 2007

Kata Mereka..


Menurut responden yang ditemui, iaitu ibubapa bagi pelajar-pelajar terbabit, anak-anak mereka pada mulanya berasa malas untuk ke sekolah kerana telah bercuti panjang sebelum ini.Tetapi terdapat sesetengah pelajar,mereka rindu dan tidak sabar untuk ke sekolah. Mereka berasa sedih kerana tidak dapat pergi ke sekolah seperti biasa.Tambahan pula, semua buku, pakaian, beg sekolah dan kasut sekolah telah dihanyutkan oleh air.
Kejadian banjir yang pertama, anak-anak diberi bantuan beg sekolah, pakaian,kasut & buku-buku sekolah, namun selepas kejadian banjir untuk kali yang kedua,responden-responden yang ditemui tidak lagi memperolehi bantuan-bantuan itu. Tetapi mereka memperolehi bantuan dari segi kewangan.

Kesan Banjir ke atas Pendidikan Anak-anak


Kajian saya adalah bertumpu di Kg. Kelantan, kg. Tembioh & Taman Kemang yang merupakan kampung yang paling teruk dilanda banjir pada bulan Disember dan Januari 2007, anak-anak adalah antara mereka yang mendapat kesan secara langsung dengan kejadian ini. sesi persekolahan dibuka lewat daripada tarikh yang ditetapkan. Ini kerana sekolah-sekolah telah dijadikan pusat penempatan penduduk dan ianya perlu dibersihkan dan disusun semula bagi memudahkan anak-anak untuk belajar.

Thursday, October 4, 2007

Kota Tinggi

Daerah Kota Tinggi terletak di pantai Timur negeri Johor dan dikelilingi oleh laut. Bandar Kota Tinggi adalah sebuah pusat bandar yang sedang membangun,namun akibat banjir yang melanda di daerah tersebut pada akhir 2006, segala -galanya telah musnah, pusat perniagaan, rumah,pakaian, binatang ternakan dan sebagainya telah lenyap bersama-sama arus banjir yang deras. Banjir ini juga memberi kesan yang amat hebat kepada mereka yang berkeluarga terutamanya kepada anak-anak mereka.